Pada 21hb November yang lalu, adalah pengalaman pertama seumur hidup kerana telah di anugerah cahaya mata seorang lelaki. Debaran menunggu ketika itu tuhan saja yang tahu tetapi kini syukur aku telah begelar bapa. Masa di dalam bilik bersalin hati tu ada jua lah kabak2 di hadapan mata ku isteri yang ku sayang berusaha melahirkan. Aku mesti pikirkan positif dan memberi sokongan dan semangat pada isteriku. Setelah ku mendengar tangisan seorang anak kecil menangis, hati ku senang isteriku telah berjaya melahirkan seorang anak lelaki yang beratnya 2.73kg dan sihat. Tanpa ku sedari air mata aku keluar tanda ku gembira dan terharu isteriku selamat bersama anak kecil itu. Setelah di bersihkan anak kecil itu pun di azankan oleh abang ipar ku sendiri Hj Zul. Alhamdulillah semuanya lancar di uruskan. Kini anak kecil itu telah pun di beri nama yang telah kami pilih suami isteri iaitu bernama MUHAMMAD FARIS AZIZI BIN ABD AZIZ. Semoga kami sekeluarga sihat walafiat,bahagia dan berjaya di dalam kehidupan. Aminnnn..

19.12.09
MUHAMMAD FARIS AZIZI
Posted by aziet at 12/19/2009 06:20:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 comments:
Catat Ulasan